Mengapa Gagal Kawal Nafsu Zina?

Hikmah larangan berzina sudah dimaklumi umum. Akibat buruknya juga  terbukti hari ini, kes pembuangan bayi serta pembunuhan pasangan kekasih  adalah bertitik tolak daripada perlanggaran perintah Allah.

Walaupun Islam sudah menggariskan cara hidup yang sempurna merangkumi  semua aspek, ada segelintir pihak mahu melanggarnya. Maka timbullah  pelbagai kejadian tidak diingini dan tidak dapat diterima fitrah  manusia. Zina adalah perbuatan keji yang boleh mengaibkan pemilik maruah  diri, keluarga dan agama. Zina juga membawa kerosakan pada bumi. dan  dapat dilihat dalam perkembangan sosial sekarang, hubungan intim tidak  lagi menjadi asing dalam budaya hidup moden.

Akibatnya, janin digugurkan dan anak yang tidak sah taraf lahir, dibuang  merata malah dibiarkan mati. Perbuatan ini boleh disamakan dengan  pembunuhan yang balasannya juga adalah nyawa, mengikut hukum Tuhan.

Firman Allah: "Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang  diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar."  (Surah al-Israa': 33)

No comments: