Soalan Yang Tidak Perlu Dijawab

Umat Islam yg semakin jauh dari panduan Ilahi semakin terpengaruh dengan soalan-soalan yg diutarakan oleh nafsu ammarah yg berkecamuk dan otak logik yg terbatas serta ditambah pula dengan bisikan jin yg meng "confuse"kan manusia.

Soalan pendek
1. Dimana kubur Nabi Adam a.s.?
2. Siapakah yang mengesahkan ibadah kita?

Soalan panjang
3. Siapakah yang dapat memastikan wahyu yg diterima oleh Rasulullah s.a.w. adalah dari Allah Ta'ala.
4. Kenapa Islam menyuruh semua manusia memeluk agamanya dan mengatakan bahawa agama lain tidak benar dan membawa kerosakan.

Soalan mcm ini ada beberapa variasi yg membengongkan akal manusia. Jalan penyelesaian kepada persoalan bodoh ini adalah kembali kepada Allah Ta'ala dengan bermunajat minta petunjuk Tuhan dalam masa yg sama mesti ada ruhama' (kasih) kepada orang soleh serta ulama' yg muqarrabin.

Bagaimana persoalan hendak dijawab jikalau diri masih bergelumang dengan najis ego, takabbur, eksen, rasa pandai, perasan hebat, perasan betul padahal tak betul.

Anda takkan dapat dengar bahawa "Allah memerangi orang kafir" dari mulut pensyarah/pemimpin yg kufur. Yg ada pada mereka hanyalah semua manusia bebas memilih agama masing-masingdan semua agama tidak boleh mendakwa hanya agama mereka sahaja yg diterima Allah Ta'ala dan semua penganut agama layak dikurniakan syurga diakhirat kelak. Inilah tipu daya iblis.

Ucapan yg benar tidak datang dari hati yg kufur.

No comments: