Solat Tanpa Telekung


Assalamualaikum buat tetamu ziarah. Saya ingin kongsikan persoalan yang mungkin telah mengelirukan beberapa pihak tentang pemakaian telekung bagi kaum wanita ketika solat. Solat adalah wajib bagi kita yang bergelar Muslim. Tidak kira dengan apa cara sekalipun solat wajib ditunaikan. Namun ada sesetengah orang yang meringan-ringankan solat dengan alasan yang bermacam-macam termasuklah tiada telekung untuk mengerjakan solat. Di bawah ini ada soalan dan  penjelasan tentang pemakaian telekung.
Soalan:
Saya lihat sekarang ada orang perempuan yang solat tak pakai telekung. Dengan memakai tudung biasa, baju labuh dan seluar, tetapi saya lihat dia memakai stoking. Bolehkah perempuan solat dengan pakian demikian?
Jawapan:
Yang penting dalam syarat sah solat ialah menutup aurat. Kaki aurat, seluruh badan aurat kecuali muka dan tapak tangan. Jika seseorang itu menutup auratnya tidak kira dengan apa pakaian sekalipun, maka solatnya dikira sah walaupun dia tidak memakai telekung.


sumber: Ustaz Fadzli al-Yamani.

1 comment:

Atikah said...

salam...
terima kasih pada admin yg telah membaiki ruang komen ini.=)

Mungkin di Malaysia jarang kita lihat wanita bersolat tanpa telekung, tapi perkara ini adalah biasa di luar Malaysia. Islam itu mudah. Tidak semestinya kita xpakai telekung kita xboleh solat. Asalkan pakaian tersebut menutup aurat dan tidak nipis/jarang, maka boleh dipakai untuk bersolat.
Berdasarkan pengalaman saya selama berada di luar negara, ianya lebih mudah bagi wanita utk bersolat. Ini kerana, agak susah untuk mencari tempat solat, maka anda harus solat di mana2 sahaja even dlm fitting room. Jadi, utk memakai telekung adlh agak uncomfortable dan bakal membuatkan mereka yg xfaham (nonmuslim) terkejut. Benar ianya agak pelik di Malaysia sbb byk masjid/surau/musolla yg ade byk telekung tp apabila anda keluar dr comfort zone anda which is Malaysia, tidak memakai telekung ketika bersolat adlh perkara biasa.
Ingat Islam itu mudah.=)
wallahua'alam


ex s/u badar kusess '07